MAJLIS PERPISAHAN MANTAN GURU BESAR SKLYP


Khamis, 12 Mac 2015 - Majlis Perpisahan En Md Bakir bin Md Amin, mantan Guru Besar SK Ladang Yong Peng telah dijalankan secara sederhana di dewan terbuka sekolah tengah hari tadi. Beliau telah hadir bersama isteri dengan pakaian serba hijau, sempat memberi amanat dan semangat dalam ucapan perpisahan beliau.

Guru-guru lelaki menyiapkan backdrop pentas.
Yang diraikan, En Md Bakir b Md Amin (berbaju hijau), mantan guru besar dan isteri, bersama Pn Fadzilah bt Abd Samat, guru besar, Pn Jamilah bt Kasmidi, GPK HEM dan En Mahafiz b Ahmad, Pengerusi Kelab Bilik Guru.
Ucapan wakil murid, adik Mohd Faiz b Muji.
Ucapan Pn Fadzilah bt Abd Samat, Guru Besar SKLYP.

Ucapan En Md Bakir b Md Amin, mantan Guru Besar SKLYP

Penyampaian cenderahati daripada Kelab Bilik Guru.

Penyampaian cenderahati daripada PIBG.

Penyampaian cenderahati daripada staf SKLYP.

Penyampaian cenderahati daripada murid.

Sessi bersalaman.

Sessi bersalaman,

Barisan guru-guru bergambar kenang-kenangan.


Sambutan Tahun Baru Cina 2015 (RIMUP)
Isnin, 17 Februari 2015 - 8 orang murid sekolah ini telah bersama-sama meraikan Sambutan Tahun Baru Cina di SJKC Yong Peng (1), pagi tadi.
8 orang murid Tahun 5 yang menyertai aktiviti ini.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah penyerahan limau mandarin, pemberian ang pow, seni menghasilkan tanglung, persembahan murid-murid dan lain-lain lagi.

Persembahan dari murid-murid SJKC Yong Peng 1
Pn Fadzilah bt Ab Samat, Guru Besar SK Ladang Yong Peng menerima 3kotak limau mandarin daripada Guru Besar SJKC Yong Peng 1 sebagai simbolik menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
Murid-murid dan guru-guru pengiring turut menerima ang pow daripada uncle Lee.

Aktiviti kesenian gabungan murid-murid melayu, cina dan india.
Aktiviti kesenian gabungan murid-murid melayu, cina dan india.

Selain sekolah ini, murid-murid dan guru-guru SJKT Ladang Yong Peng juga turut sama memeriahkan aktiviti ini.

Aktiviti ini dirangka bagi memupuk semangat muhibbah di antara kaum Melayu, Cina dan India.
Warga SK Ladang Yong Peng mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Tionghua di Malaysia.

"Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Cai"

Aktiviti terakhir, bergambar kenang-kenangan.